::puteri puteri ku::

::puteri puteri ku::
dan satu masa nanti kita akan menoleh kebelakang mengutip masa-masa gembira yang telah kita lalui...

Rabu, 8 Ogos 2007

SGC

Semuanye bermula pada 2002. Masa tu aku mule berkhidmat dengan Kolej Profesional MARA Indera Mahkota Kuantan. Memang asing dan janggal memandangkan aku datang dari tempat yang agak hebat di Kuantan, Kolej Shahputra.
Masa tu aku di arahkan untuk mengajar terutamanya Pelajar PIP! Yang Ex PIP tahun 2002 ni tahu lah ape gelaran untuk korang kan. Jadi kiranya aku dan budak-budak PIP masa tu kire sama-sama juniorlah kat situ. Janggal, menyesal dan canggung memang itulah yang aku rasa tapi nasib baiklah ada budak-budak ni yang akhirnya menjadi sahabat karib aku sehingga sekarang. Mule-mule dulu setiap kali aku bercakap aku mesti teringatkan masa-masa aku di Shahputra, tapi lama kelamaan apa yang aku hilang di situ telah aku dapat kembali. Aku semakin selesa dengan budak-budak ni...(masa diorang ada jelah) masa budak-budak takde aku macam ayam berak kapur lah. Banyak gak bende-bende bodo yang ktorg buat. Best sekali Overnite kat TC. Tidur dekat unggun api! Sekodeng Minah and 8 orang mamat!!! Huyooo.... Seingat aku ktorg jugaklah yang first dan terakhir sekali tidur dekat bangunan guard kat TC tu. Masatu ujan. Cik Ayu pun datang nyanyi2 lagu2 yang menambahkan lagi kelebatan hujan pada malam tu hehehehe. Malam perpisahan aku dapat baju yang diorg buat khusus untuk SGC (yang sampai hari ni pun aku tak tau ntah ape sebenarnye SGC tu hehehe). Aku sorg je lec yang dapat terasa amat dihargai. Satu
perasaan yang tak boleh digambarkan. Malam tu memang sedeh sebab ktorg tau tak ramai yang akan terus di KPMIM. Maka tinggallah aku, bapak, jepun, semi, firman, pastu kasim dan dua tige orang saki baki
peninggalan SGC. Sekarang semua dah kerje. Jepunlah yang paling kerap aku jumpe yelah sebab dia kerja dekat area sini.
Oh Semi plak mengikut jejak langkah aku bukan untuk menjadi seorang buaya tapi untuk menjadi seorang CikGu hehehe. Untuk semua SGC aku tabik spring kat korang. Terima kasih kerana melayan karenah orang tua ni. Terima Kasih.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oh sir umam saye sukke nak sir yg kecil tuh. hehe

eimeizzeiff-imagecapturer berkata...

owh itulah Baby Eiffah Aaliah - 6 tahun hobi makan ais krim yang di belanja oleh sesiapa saja...