::puteri puteri ku::

::puteri puteri ku::
dan satu masa nanti kita akan menoleh kebelakang mengutip masa-masa gembira yang telah kita lalui...

Jumaat, 31 Ogos 2007

::50 tahun kemerdekaan::

malam tadi mencurah curah sms mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 50 antara yang menarik aku dapat dari Iskandar Zulkarnain katanya,
"Setiap manusia yang berjasa untuk negara adalah mereka yang berusaha memastikan diri mereka berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi sekalung tahniah kerana menjadi sebahagian daripadanya"
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 50.

Khamis, 30 Ogos 2007

::terbaik di kalangan terbilang::

"terbaik di kalangan terbilang" itulah lirik yang telah lama Dai tulis dah lama aku simpan...
selasa:28:08:2007:1530 Hari itu aku rasa apa yang aku rasa pada2003 bila KPMIM diumumkan sebagai Juara Sukopma 2003. Bangga tak terkata. Teori yang aku canang-canangkan itu akhirnya menjadi. Biawak Laut, Singa Laut Taring Tiga, Skema Laut semua tu bagilah pada kami di IM semua itulah melambangkan Keutuhan KPMIM. Walaupun mendapat tentangan hebat dari lawan namun semangat IM memang tak boleh di sangkal lagi. Dari para atlet sehingga lah sukarelawan yang bertungkus lumus memastikan IM berada di nomor satu!! Tahniah kepada semua yang terlibat. Rugbi walaupun kalah tapi kita adalah yang terbaik. Bola Sepak, kita telah bermain dengan amat cantik di final. Bola Jaring, you rock girls!!!! Bola Tampar, we are the champion, Futsal dan badminton, kita cuba lagi musim depan. Takraw, sekurang kurangnya kita dah sumbangkan 100 mata. Ping Pong, tak kemanalah sangat pemain Sukma diorang tu abih yang lain kita TITIK!!!!Suara Emas, Kok Shera suara you menawan kalbu...Apak, you better be a good listener next time : ) Dua tahun akan datang kita akan pastikan Piala yang kita simpan pada tahun ini akan terus kita simpan untuk selama-lamanya!!!Sama seperti Piala SUKOPMA. Terima kasih. ::KPMIM Terbaik Dikalangan Terbilang!!!!::

Khamis, 23 Ogos 2007

::greenday effect/dec3a/jul-nov07/220807::

22julai2007-malam sebelum tu nurull call dan beriye riye mintak aku pakai baju warna hijau, tanya pasal apa? katanya adalah untuk saja-saja menchapub. so tepakselah aku geledah lemari cari baju hijau. alamak baju hijau yang dia suruh pakai tu tak basuh lagi laaa bau pun dah macam belacan campur cencalok kalau aku pakai mesti dengan mak guard dan pak guard pak guard sekali pengsan huuuu.nasib baik ada lagi selai yang kire oklah boleh la pakai.
so hari tu semua orang pakai baju hijau walaupun peanut and awek pakai baju biru tapi still ada bunge hijau...nak menang jugak ambik laa ngko.. tapi sayang Jack takde...demam kesian Jack... ada lebih kurang setahun setengah aje dah aku boleh bersama diorang lepas ni samalah dengan yang telah lepas lepas...aku hidup dalam setiap tinggalan kenangan...DICom 2nd Batch, PIP 2002, SGC, Anak-anak Panggung...semua yang pernah menyerikan kolej ini... terima kasih

Sabtu, 18 Ogos 2007

pertandingan suara emas

Pada 11 Ogos 2007 satu pertandingan Suara Emas telah dianjurkan oleh KSK untuk mencari bakat bakat terendam untuk dijadikan wakil KPMIM ke pertandingan Suara Emas di Kejohanan KASUKMA (Karnival Sukan Antara Kolej Kolej MARA) pada 25 - 28 Ogos nih. Yang nak bertandingnye mule2nye macam ramai je tapi hari last tu adlah cuma 8 orang je yang daftarkan nama tupun dua orang tarik diri. Buat di Dewan Kuliah 3 atau dengan Glamernye dipanggil Dewan Cerun...peh aku pun tak tahu la sampai bile nak guna nama tu tak taulah bile kolej nak bagi nama baru..hehehe.. ramai gak yang datang seronokgak. adalah jugak aktiviti untuk budak2 ni walaupun sekejap tapi adalah jugak. Penuhlah jugak dewan cerun tu. ingat nak buat lagi lain kali tapi kali ni ingat nak tukar lagu la pulak tak kan lagu irama malaysia je... dah macam mat belia lah pulak budak budak nih.

Rabu, 8 Ogos 2007

SGC

Semuanye bermula pada 2002. Masa tu aku mule berkhidmat dengan Kolej Profesional MARA Indera Mahkota Kuantan. Memang asing dan janggal memandangkan aku datang dari tempat yang agak hebat di Kuantan, Kolej Shahputra.
Masa tu aku di arahkan untuk mengajar terutamanya Pelajar PIP! Yang Ex PIP tahun 2002 ni tahu lah ape gelaran untuk korang kan. Jadi kiranya aku dan budak-budak PIP masa tu kire sama-sama juniorlah kat situ. Janggal, menyesal dan canggung memang itulah yang aku rasa tapi nasib baiklah ada budak-budak ni yang akhirnya menjadi sahabat karib aku sehingga sekarang. Mule-mule dulu setiap kali aku bercakap aku mesti teringatkan masa-masa aku di Shahputra, tapi lama kelamaan apa yang aku hilang di situ telah aku dapat kembali. Aku semakin selesa dengan budak-budak ni...(masa diorang ada jelah) masa budak-budak takde aku macam ayam berak kapur lah. Banyak gak bende-bende bodo yang ktorg buat. Best sekali Overnite kat TC. Tidur dekat unggun api! Sekodeng Minah and 8 orang mamat!!! Huyooo.... Seingat aku ktorg jugaklah yang first dan terakhir sekali tidur dekat bangunan guard kat TC tu. Masatu ujan. Cik Ayu pun datang nyanyi2 lagu2 yang menambahkan lagi kelebatan hujan pada malam tu hehehehe. Malam perpisahan aku dapat baju yang diorg buat khusus untuk SGC (yang sampai hari ni pun aku tak tau ntah ape sebenarnye SGC tu hehehe). Aku sorg je lec yang dapat terasa amat dihargai. Satu
perasaan yang tak boleh digambarkan. Malam tu memang sedeh sebab ktorg tau tak ramai yang akan terus di KPMIM. Maka tinggallah aku, bapak, jepun, semi, firman, pastu kasim dan dua tige orang saki baki
peninggalan SGC. Sekarang semua dah kerje. Jepunlah yang paling kerap aku jumpe yelah sebab dia kerja dekat area sini.
Oh Semi plak mengikut jejak langkah aku bukan untuk menjadi seorang buaya tapi untuk menjadi seorang CikGu hehehe. Untuk semua SGC aku tabik spring kat korang. Terima kasih kerana melayan karenah orang tua ni. Terima Kasih.

Sabtu, 4 Ogos 2007

Cameron Highland

25 sampai 30 Julai dulu ktorg telah bercuti ke cameron highland. untuk menghargai khidmat faci yang melayan kerenah orientasi julai november 2007

best tu pegi sana tengok ajelah gambar gambar nih.. tapi kat sini duduk segari dua oklah tapi kalau nak duduk lama lama KO bukannye ade ape mende sangat pun takkan nak makan straberi memanjang ...hehehe
ini kat apartment hari pertama. sejuk tak payah isap rokok pun asap dah kluar. jakun jugak budak2 nih er... termasuk lah jugak pengiring nye hahahahaha
rupe rupenye kat sinilah kilang boh sama tue dengan umur aku huhu
tu gambar bile dapat subsidi duit rayatu. "...dihari raya yang mulia ini saya ucapkan selamat hari raya kepada mak abah dikampung dengan ucapan mak ayah Bob tak dapat balik raya ni kenang Bob dalam Rendang dan Ketupatmu..." cover album Adam album pertama berjudul Siapa lah aku Hafizudin. kulit buku Gerak Duduk Separuh karya Boss dan NAdia. untuk makluman pembaca jangan tiru aksi ini di rumuah. nasihat pakar diperlukan sebelum anda mencubanya. sekian terima kasih. aku tak berani komen gambar wan yang sedang dibawah pengaruh bunge ros itu...
kat sini memang cantik pemandangannye bak kata pepatah sesiapa yang bawak memory card kecik tu menangislah jawabnye... maka lahirlah ramai mat mat bunge yang posing maut untuk di isikan dalam friendster hehehe
ni ala ala nak buat cover album la gitu. tapi ada insiden lah masa aku amik gambar nih hehehe wan kedah tau macam mana seksanya hahahaha

Gambar2 di TC 2006

1c and tc dah sememangnye sinonim lah

TC and 1C

1C ni aku rasa dah sinonim sangat dengan TC. Baru baru ni ...(alamak aku lupe tarikh) sekali lagi kitorang pegi Piknik kat tempat, waktu, menu yang sama cume ujan je agak lebat sikit dari tahun lepas.
Menu? Ayam bakar daging bakar soses dan arang batu!!!
ni gambor masa tahun 2006 - tengah melantak ape yang ada...
masih lagi makan...maaaaakaaan jelah keje ngkorang...dah perut lapor ape lagi ... hariu pun ujan renyai-renyai sikit...
nana posing maut dekat titi... masih ada sehingga sekarang... gambor ni mungkin akan menjadi cover page album kesebelas dia kut tak pun jadi kad kawin pun dah okey jugak!!!
nabil tukang tiup buih sabun untuk menceriakan kanak-kanak terpilih...akhirnye dia semput ...nasib baik
tak sentap
last sekali diorang bagi aku sehelai baju yang telah ditanda tangan oleh semua satu C dan sebiji bola dari Kipas Susah Mati Ku... terima kasih...terima kasih kerana membuat insan kerdil ini merasa amat dihargai...

Siti Sinderela

Siti Sindirela? Itulah hasil kerja Kelab Seni dan Kebudayaan 1st Batch dan juga penglibatan dua tiga ahli anak panggung. Kita orang buat masa ELS Drama Competition. Dapat nombor 2 je. Sebab no Satu mesti lebih best dari nombor 2 hehe tapi kita dapat jugak mencapapkan diri dimajlis penutup tu dulu.peh buat show dihadapan the most scariest audience hahahaha. namun semua nye berjalan lancar. Kita orang kire perasan macam kita orang ni best lah hahaha. Apepe pun terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara lansung atau pun tidak (seperti tukang gantung poster...yang cume sempat tahan 2 minit pastu kene buang!!!, tukang tepuk, tukang peeweett, tukang gelak yang lebih pada orang dan semua yang rasa berpuas hati dan tidak menonton persembahan ini...

I salute : Nana - Siti Sindirela, Azam - Okhoooo - Itchy Prince?, Nana Sem 1 - The Fortunate Madam Temah, Yus and Nurul Jay - the evil step sisters, Maxis - DiGiman - Pakai Baju ujan abih koyak rabak!!!, My Name is Mohsin...The Noble Nabil, The Para-Para Sakura Din...with the Pyro effect hehehe, Amar uuuuuiiii... and Zai eeiihhhhh.... - the "can see blind" people, the very limited special appearance Firdaus Emmmmm.... (lain kali aku bagi watak besar sikit)..., Two most wonderful but cute voice crews Yaya (im coming) and Tun Teera Amerra Ateeraa Amiteeerahh eh ape dah... my best photographer as well and the ekhheeemmm director ...pehhh Kok Shira...

DICom 2nd Batch

DiCom 2nd Batch...

Hmmm...Itulah yang selalu mebuatkan hati ku sebak. Rasanya masih baru lagi kita berjumpe. Masih terngiang2 lagi ketawa kite bile Sin Chan tertidur dalam kelas...masih baru lagi kita pakai baju biru satu batch...masih baru lagi kite buat drama airplane...shah koya jadi pilot...ainul pregnant... Assalamiah menggoda... bintok bagi hippo terberak.. justice for otai... jatuh longkang.. kisah cinta yang bersimpang siur ehem kan Alex kan... YB Dayat... Put da video clip lady commonlah.. mosac... the alim Afiq... Semi ... Mira... alow kawan... Hoolier... Mujay... Muzammil... Lyana ... traditionally Edang? Tokan? hehehe... Mama G ... Tiga Dara Pingitan? Pali dan Eli haih sampai bile lah... ulat charlie ... Ann... Louise... Madam Shereen dan korang2 semua... Tentu masa-masa itu memang tidak akan dapat kita ulang kembali... Masing masing telah membawa diri masing masing namun walau jauh mana melangkah satu saja aku mohon.. janganlah dilupakan seorang tua yang tak pernah lupa akan setiap detik kalian bersama...

Kolej Profesional MARA Indera Mahkota

Kolej Profesional MARA Indera Mahkota Kuantan. Inilah tempat yang membenarkan aku menyara kehidupan ku dan memberi pakai minum keluarga ku. Sesungguhnya aku amat berterima kasih kepada insan terlalu istimewa buatku kerana telah memberikan aku peluang untuk meneruskan khidmatku di sini.

KPMIM inilah memberikanku apa yang sememangnya telah lama aku cari...kawan, kenangan dan segala pengkisahan...