::puteri puteri ku::

::puteri puteri ku::
dan satu masa nanti kita akan menoleh kebelakang mengutip masa-masa gembira yang telah kita lalui...

Isnin, 17 September 2007

::sepetang di kuala semantan::

petang tu aku bawak eiman, eizzah dan baby pegi ke kuala semantan. tak sangka dah banyak yang berubah. dulu penuh dengan selut dan lumpur tapi sekarang dah cantik. Afwan dan hannan pun ikut jugak. jadi aku snap la dua tiga shot tapi sayang cahaya dah kurang gambar tak cantik mana...(cover line lah tu...)tangga ke jeti baru. semua muka tension letih dan haus nak minum air...aiseh kene la belanja... kat belakang tu replika ikan patin, aku ada masa diorang buat rangka tuh. budak kuantan jugak yang buat. matahari bulan september memang cantik. terutama di sebelah petang...teringat aku musim panas di irbid...

Jumaat, 14 September 2007

:: in to the blues ::

rabu:12:09:2007 into the blues day. aku tak tahu atas perayaan apa ke sambutan apa ke ntah tapi yang aku tahu semua decom sem 3 julai - november 2007 berpakat pakai baju biru. Havoc jugak bila empat kelas sehati sejiwa. dulu dicom 2nd batch juga pernah buat benda yang sama. hari biru sedunia. teringat masa tu. tiga gadis pingitan...? any comment?kelas 3a yang tak turun masa sesi bergambar sebab seronok melayan nafsu tidur hahaha. nasib baik sempat amik gambar sebelum test... antara posing maut dan berpuaka. ini adalah gaya otromen jingga.. kameremen yang tersenget pemandangannye. dibawah pohon kayu yang rendang. diluar panas gile. cair mekap aku... selepas menjamu selera giliran untuk menchapap la pulak. ona yang seperti biasa melakukan posing tradisinya...wooo wooo wooo...

::majesty::

ni kumpulan mentor mentee aku.MAJESTY. ada buat pertandingan team building.so semua bersemangat untuk masuk . ni amik gambar masa peringkat saringan. ni plak gambar background slide majesty. majesty menang motto terbaik.tapi ada desas desus kata logo pun majesty menang tapi sebab dah menang satu hadiah tak boleh dapat yang satu lagi.akupun heran jugak kalau betul konsep tu ngapa pulak ada hadiah keseluruhan dan kenapa pulak ada pulak yang boleh dapat dua hadiah dan ada yang tak dapat langsung?tak pelahh yang lepas tu lepas lah tak kesah punya. tahun depan kitorang cuba lagi. Kepada KACANG kitorang tabik spring sama lu!!!

::selamat harijadi nurul::

7 sept. Birthday Nurul. Aku Nabil plan nak buat sesuatu...itu kene tanya Nabil apa plan aku. Malam tu aku cuba membuat Nurul jadi bahan marah kitorang tapi dia buat selamba macam tak tau je. Nabil tension sebab marah dan sentap kitorang tak menjadi hahaha. So last sekali aku bawak masuk kek dengan kak Farah G. Dah mula scene nangis nangis hahahaha...Apepe pun selamat harijadi nurul...

::puisi kemerdekaan::

7 september yang lalu telah berlangsung pertandingan puisi diantara IPT sekitar Pahang. IM menghantar wakil yang dimangeri oleh aku, pemain flute- Azam, Guitarist - Mat Yie, Vokalist - Nabil, Shera, Nurul. Kami bawak lagu Kopratasa , Masihkah kau ingat dan sajak ciptaan Nurul dan Shera. Walaupun tidak mendapat mana-mana tempat namun aku rasa diaorang berlima ni dah buat yang terbaik dan terbagus. Semasa KPMIM sedang membuat persembahan. Hati berdebar takut jangan ada yang slack. Alhamdulillah semua buat dengan amat baik...peh lege manager hehehehe. Debaran sementara menantikan keputusan . Walaupun kita orang tahu yang peluang untuk menang sangat tapi tak salah kalau nak join berdebar sekali. seperti biasa manager dan big boss pengarah urusan sedang menghayati bait bait lagu yang dipertandingkan pada hari itu.

Training Session
Azam banyak membantu dalam sesi latihan. Kalau tak ada dia dia maunya manager ni cabut lari. Mat Yie dengan khusuknya mendengar ntah hapahapa amanat dari aku. Sebenarnya akupun tak tau sangat sajaje buat buat pandai. Hari tu Teera, Kak Farah G, Kak Farah FS, Yus dan Mas ikut sebagai penyokong dan penguat semangat. Terima kasih. Ni kumpulan Suara Bertiga dari UNITEN . Boleh dikatakan semua orang memang dah target dia orang yang menang alih-alih tak lekat satu nombor pun. Aihh.... tension. Pesembahan diorang memang mantap dan"kellas gitu..."Biasalah lepas abih majlis, makan. Sukanya dia kena suap tapi yang tukang suap tu LAGIII SUKAAAAA...semoga berkekalan ke anak cucu...amin