::puteri puteri ku::

::puteri puteri ku::
dan satu masa nanti kita akan menoleh kebelakang mengutip masa-masa gembira yang telah kita lalui...

Jumaat, 14 September 2007

::puisi kemerdekaan::

7 september yang lalu telah berlangsung pertandingan puisi diantara IPT sekitar Pahang. IM menghantar wakil yang dimangeri oleh aku, pemain flute- Azam, Guitarist - Mat Yie, Vokalist - Nabil, Shera, Nurul. Kami bawak lagu Kopratasa , Masihkah kau ingat dan sajak ciptaan Nurul dan Shera. Walaupun tidak mendapat mana-mana tempat namun aku rasa diaorang berlima ni dah buat yang terbaik dan terbagus. Semasa KPMIM sedang membuat persembahan. Hati berdebar takut jangan ada yang slack. Alhamdulillah semua buat dengan amat baik...peh lege manager hehehehe. Debaran sementara menantikan keputusan . Walaupun kita orang tahu yang peluang untuk menang sangat tapi tak salah kalau nak join berdebar sekali. seperti biasa manager dan big boss pengarah urusan sedang menghayati bait bait lagu yang dipertandingkan pada hari itu.

Training Session
Azam banyak membantu dalam sesi latihan. Kalau tak ada dia dia maunya manager ni cabut lari. Mat Yie dengan khusuknya mendengar ntah hapahapa amanat dari aku. Sebenarnya akupun tak tau sangat sajaje buat buat pandai. Hari tu Teera, Kak Farah G, Kak Farah FS, Yus dan Mas ikut sebagai penyokong dan penguat semangat. Terima kasih. Ni kumpulan Suara Bertiga dari UNITEN . Boleh dikatakan semua orang memang dah target dia orang yang menang alih-alih tak lekat satu nombor pun. Aihh.... tension. Pesembahan diorang memang mantap dan"kellas gitu..."Biasalah lepas abih majlis, makan. Sukanya dia kena suap tapi yang tukang suap tu LAGIII SUKAAAAA...semoga berkekalan ke anak cucu...amin

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

eh eleh.malangnya x kesampaian gamaknya....wakaka