Jumaat, 31 Ogos 2007
::50 tahun kemerdekaan::
Khamis, 30 Ogos 2007
::terbaik di kalangan terbilang::
Khamis, 23 Ogos 2007
::greenday effect/dec3a/jul-nov07/220807::
22julai2007-malam sebelum tu nurull call dan beriye riye mintak aku pakai baju warna hijau, tanya pasal apa? katanya adalah untuk saja-saja menchapub. so tepakselah aku geledah lemari cari baju hijau. alamak baju hijau yang dia suruh pakai tu tak basuh lagi laaa bau pun dah macam belacan campur cencalok kalau aku pakai mesti dengan mak guard dan pak guard pak guard sekali pengsan huuuu.nasib baik ada lagi selai yang kire oklah boleh la pakai.
so hari tu semua orang pakai baju hijau walaupun peanut and awek pakai baju biru tapi still ada bunge hijau...nak menang jugak ambik laa ngko.. tapi sayang Jack takde...demam kesian Jack...
ada lebih kurang setahun setengah aje dah aku boleh bersama diorang lepas ni samalah dengan yang telah lepas lepas...aku hidup dalam setiap tinggalan kenangan...DICom 2nd Batch, PIP 2002, SGC, Anak-anak Panggung...semua yang pernah menyerikan kolej ini... terima kasih

Sabtu, 18 Ogos 2007
pertandingan suara emas
Pada 11 Ogos 2007 satu pertandingan Suara Emas telah dianjurkan oleh KSK untuk mencari bakat bakat terendam untuk dijadikan wakil KPMIM ke pertandingan Suara Emas di Kejohanan KASUKMA (Karnival Sukan Antara Kolej Kolej MARA) pada 25 - 28 Ogos nih.
Yang nak bertandingnye mule2nye macam ramai je tapi hari last tu adlah cuma 8 orang je yang daftarkan nama tupun dua orang tarik diri. Buat di Dewan Kuliah 3 atau dengan Glamernye dipanggil Dewan Cerun...peh aku pun tak tahu la sampai bile nak guna nama tu tak taulah bile kolej nak bagi nama baru..hehehe.. ramai gak yang datang seronokgak. adalah jugak aktiviti untuk budak2 ni walaupun sekejap tapi adalah jugak.
Penuhlah jugak dewan cerun tu. ingat nak buat lagi lain kali tapi kali ni ingat nak tukar lagu la pulak tak kan lagu irama malaysia je... dah macam mat belia lah pulak budak budak nih.
Rabu, 8 Ogos 2007
SGC
Semuanye bermula pada 2002. Masa tu aku mule berkhidmat dengan Kolej Profesional MARA Indera Mahkota Kuantan. Memang asing dan janggal memandangkan aku datang dari tempat yang agak hebat di Kuantan, Kolej Shahputra.
. Mule-mule dulu setiap kali aku bercakap aku mesti teringatkan masa-masa aku di Shahputra, tapi lama kelamaan apa yang aku hilang di situ telah aku dapat kembali. Aku semakin selesa dengan budak-budak ni...(masa diorang ada jelah) masa budak-budak takde aku macam ayam berak kapur lah. Banyak gak bende-bende bodo yang ktorg buat. Best sekali Overnite kat TC. Tidur dekat unggun api! Sekodeng Minah and 8 orang mamat!!! Huyooo.... Seingat aku ktorg jugaklah yang first dan terakhir sekali tidur dekat bangunan guard kat TC tu. Masatu ujan. Cik Ayu pun datang nyanyi2 lagu2 yang menambahkan lagi kelebatan hujan pada malam tu hehehehe. Malam perpisahan aku dapat baju yang diorg buat khusus untuk SGC (yang sampai hari ni pun aku tak tau ntah ape sebenarnye SGC tu hehehe). Aku sorg je lec yang dapat terasa amat dihargai. Satu Sabtu, 4 Ogos 2007
Cameron Highland
25 sampai 30 Julai dulu ktorg telah bercuti ke cameron highland. untuk menghargai khidmat faci yang melayan kerenah orientasi julai november 2007


tapi kat sini duduk segari dua oklah tapi kalau nak duduk lama lama KO bukannye ade ape mende sangat pun takkan nak makan straberi memanjang ...hehehe

ini kat apartment hari pertama. sejuk tak payah isap rokok pun asap dah kluar. jakun jugak budak2 nih er... termasuk lah jugak pengiring nye hahahahaha
cover album Adam album pertama berjudul
Siapa lah aku Hafizudin.
kulit buku Gerak Duduk Separuh karya Boss dan NAdia.
untuk makluman pembaca jangan tiru aksi ini di rumuah. nasihat pakar diperlukan sebelum anda mencubanya. sekian terima kasih.
aku tak berani komen gambar wan yang sedang dibawah
pengaruh bunge ros itu...TC and 1C
1C ni aku rasa dah sinonim sangat dengan TC. Baru baru ni ...(alamak aku lupe tarikh) sekali lagi kitorang pegi Piknik kat tempat, waktu, menu yang sama cume ujan je agak lebat sikit dari tahun lepas.
masih lagi makan...maaaaakaaan jelah keje ngkorang...dah perut lapor ape lagi ... hariu pun ujan renyai-renyai sikit...Siti Sinderela
Siti Sindirela? Itulah hasil kerja Kelab Seni dan Kebudayaan 1st Batch dan juga penglibatan dua tiga ahli anak panggung. Kita orang buat masa ELS Drama Competition. Dapat nombor 2 je. Sebab no Satu mesti lebih best dari nombor 2 hehe tapi kita dapat jugak mencapapkan diri dimajlis penutup tu dulu.peh buat show dihadapan the most scariest audience hahahaha. namun semua nye berjalan lancar. Kita orang kire perasan macam kita orang ni best lah hahaha. Apepe pun terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara lansung atau pun tidak (seperti tukang gantung poster...yang cume sempat tahan 2 minit pastu kene buang!!!, tukang tepuk, tukang peeweett, tukang gelak yang lebih pada orang dan semua yang rasa berpuas hati dan tidak menonton persembahan ini...
I salute : Nana - Siti Sindirela, Azam - Okhoooo - Itchy Prince?, Nana Sem 1 - The Fortunate Madam Temah, Yus and Nurul Jay - the evil step sisters, Maxis - DiGiman - Pakai Baju ujan abih koyak rabak!!!, My Name is Mohsin...The Noble Nabil, The Para-Para Sakura Din...with the Pyro effect hehehe, Amar uuuuuiiii... and Zai eeiihhhhh.... - the "can see blind" people, the very limited special appearance Firdaus Emmmmm.... (lain kali aku bagi watak besar sikit)..., Two most wonderful but cute voice crews Yaya (im coming) and Tun Teera Amerra Ateeraa Amiteeerahh eh ape dah... my best photographer as well and the ekhheeemmm director ...pehhh Kok Shira...
DICom 2nd Batch
DiCom 2nd Batch...
Hmmm...Itulah yang selalu mebuatkan hati ku sebak. Rasanya masih baru lagi kita berjumpe. Masih terngiang2 lagi ketawa kite bile Sin Chan tertidur dalam kelas...masih baru lagi kita pakai baju biru satu batch...masih baru lagi kite buat drama airplane...shah koya jadi pilot...ainul pregnant... Assalamiah menggoda... bintok bagi hippo terberak.. justice for otai... jatuh longkang.. kisah cinta yang bersimpang siur ehem kan Alex kan... YB Dayat... Put da video clip lady commonlah.. mosac... the alim Afiq... Semi ... Mira... alow kawan... Hoolier... Mujay... Muzammil... Lyana ... traditionally Edang? Tokan? hehehe... Mama G ... Tiga Dara Pingitan? Pali dan Eli haih sampai bile lah... ulat charlie ... Ann... Louise... Madam Shereen dan korang2 semua... Tentu masa-masa itu memang tidak akan dapat kita ulang kembali... Masing masing telah membawa diri masing masing namun walau jauh mana melangkah satu saja aku mohon.. janganlah dilupakan seorang tua yang tak pernah lupa akan setiap detik kalian bersama...
Kolej Profesional MARA Indera Mahkota
Kolej Profesional MARA Indera Mahkota Kuantan. Inilah tempat yang membenarkan aku menyara kehidupan ku dan memberi pakai minum keluarga ku. Sesungguhnya aku amat berterima kasih kepada insan terlalu istimewa buatku kerana telah memberikan aku peluang untuk meneruskan khidmatku di sini.
KPMIM inilah memberikanku apa yang sememangnya telah lama aku cari...kawan, kenangan dan segala pengkisahan...


























