::puteri puteri ku::

::puteri puteri ku::
dan satu masa nanti kita akan menoleh kebelakang mengutip masa-masa gembira yang telah kita lalui...

Ahad, 2 Disember 2007

::trip ke utara - satu perjalanan yang lengkap::

4.30 a.m. - 25 - 11 - 07 - Kali pertama, aku sampai ke Bukit Mertajam. Perjalanan yang amat laju dengan hanya berhenti sekali sahaja di stesen minyak Sungai Buluh benar-benar menyebabkan aku dan kawan-kawanku sampai hampir dua jam lebih awal dari sepatutnya. Memang asing Bukit Mertajam atau orang sini panggil BM bagi aku. Nasib baik ditengah pagi buta aku diturunkan dihadapan 7E adalah juga tempat untuk aku bertanyakan arah. Jadu berjalanlah aku meredah kedinginan pagi sambil ditegur oleh anjing-anjing yang berkeliaran. Dengan kuasaNya maka sampailah juga aku di Summit BM penginapanku untuk selama 3 hari.

Seawal paginya aku telah dijemput oleh Dayat yang dua hari sebelumnya tak henti-henti bertanyakan bila aku akan sampai.
First trip:Amik Krokoot dan ke rumah Honeyz
Petang tu Ain called, pukul 4 petang dia datang jemput.Alamak 4 petang? pukul 2.30 check in.Mandi belom lagi tidor lagilaaa...
Wah dah semakin berjaya dah Ain ni. Jadi Manager pulowk laa. Petang tu dia bawak aku makan tengahari(tengahari?petang kut...) Kenyang aku, Dayat Krok Ot petang tu.Terima kasih...
Lepas tu Ain bawak aku ronda-ronda BM dengan kereta barunya. Walaupun aku kurang selesa kalau orang pompuan yang drive tapi kali ni aku terpaksa pasrah...hehehe... Kereta Ainlah yang banyak membawa aku mengenali setiap ceruk Bukit Mertajam, Prai dan kawasan-kawasan yang dekat dengannya. Ain hantar aku balik, tapi dengan satu soalan, ...selalu karaoke? Alamak soalan cepumas. Aku baru sekali jejak kaki kat tempat karaoke itu pun lepas je aku nyanyi hujan 4 hari 4 malam siap ada ribut petir lagi. Tapi oleh kerana diajak...pak cik tak kesaahhh... Malam tu Ain jemput aku sekali lagi. Aku dibawa ke Bandar Sunway, Dayat macam biasa jadi bodyguard kalau tak berdua-dua je lain jadinya.
layan jangan tak layan. Abih tiga katalog lagu aku SUMBANG kan hahahaha
27-11-07-Sekali lagi Ain jemput aku. Katanya nak bawa aku ronda-ronda Pulau Pinang. Dan sekali lagi Dayat jadi bodyguard. Selepas hampir 25 tahun inilah kali kedua aku menaiki feri jakun tak terperi lahh... Misi utam ke Pulau Pinang untuk beli jeruk!!!Secondary mission: DVD...tapi tak sempat tapi tak pe next trip.Lihatlah betapa jakunnya aku di atas feri. Semua kenangan aku semasa kecik dulu muncul kembali. Satu hari nanti aku akan bawak famili aku ke sini sebagaimana famili aku juga 25 tahun dulu
Nilah tempat transit aku yang paling utama Stesyen Shell En Rashid, Juru. aihh dapat gak merasa naik tanker tu...
Dayat telah memberi aku peluang keemasan untuk mengecheck seluruh tanker...fuyooo... Dan aku rasa trip ke utara tak kan sempurna kalau aku tak berjumpa dengan adik aku. So Dayat dengan berbesarhatinya mengofferkan dirinya untuk ke sana. Naik Vios tu... Saksikanlah betapa gemuruhnya Dayat untuk ke Kangar.
Pada 28-11-2007 pada usiaku 35 tahun maka lengkaplah seluruh negeri di Semenanjung Malaysia aku talah jelajahi. DiRumah Ainul KC aku diambut dengan mesra oleh Mama dan Ayahnya dua orang kakaknypun ada dengan anak-anak sedara. Kami yang sepatutnya sampai awal agak lewat tiba kerana kursus yang panjang meleret-leret. Terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu aku menjadikan perjalanan ku ke utara ini amat bermakna dan beerti. Kepada DAYAT, AIN, KROKKOOT, HONEYZ DAN AINUL KC terima kasih semoga tuhan akan membalas segala budi kalian.
Kepada yang tak berkesempatan untuk bertemu insyaallah di lain kali panjang umur murah rezeki berjumpalah kita.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kat sini ghopenya blog ko ye humam.

Tanpa Nama berkata...

memanglahh disinilah teman meluahkan isi perut teman....

Tanpa Nama berkata...

Salam Sir... Miss KPM so much
Secara tiba2 terjumpa ini blog da... misi utama nk find out pic tanker shell... abih tu ada la view en humam ats tanker... View blog... tgk2 mcm kenal background gambaQ minah2 tu...
Fuhh tempat aku belajar rupernyer.... Ainul.. Miss you so much Kak eda 0169005446 last jumpa kat Jusco IOI mall....